https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitxHFALdSSVwhpndrv0MEA5q2WunVNJ-aiWwU367_JyXxTjLtXh5VxRCNPZQFSeEjKhinZ7R15_zVqyMJsMd1ckLCZtcT9w8yarZOTu8yrAoEyIoUFdNZMZPf1jDhm8RbE-jmSzUoFI1U/s1600/str4.gif ...: Jenis Penyakit

Jenis Penyakit


JENIS PENYAKIT

MENOPAUS

Pengenalan :
* Dikenali sebagai pemberhentian haid.
* Dialami wanita yang berumur di antar 40-60 tahun
* Tempoh peralihan yang akan dialami oleh kaum wanita

Punca-punca :
* Pengurangan hormon estrogen dan progesteron
* Pemberhentian ovulasi dengan kitaran haid yang tidak tetap
* Menopaus pramatang mungkin terjadi akibat penyakit atau tekanan mental

Kesan-kesan :
* Panas dan kemerahan di muka
* Rasa panik dan sesak nafas serta degupan jantung yang tidak tetap
* Keadaan emosi yang berubah-ubah dan keresahan
* Haid yang tidak tetap
* Atrofi payudaya
* Kepadatan tulang semakin menyusut
* Keanjalan kulit semakin berkurangan dan kedutan yang semakin ketara
* Berat badan bertambah dan sebagainya

Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan : 
Sekitar umur 30-an : Kemunculan pempigmenan, kulit yang kusam, menggeleber dan liang roma yang     
   besar
Di antara umur 30 hingga 40-an : Gangguan endokrin seperti haid yang tidak tetap, payudara
   menggeleber, faraj terasa kering, libido semakin berkurangan dan sebagainya
Di antara umur 40-an hingga 55 tahun : Insomnia, mimpi yang kerap, mudah naik angin, kekuatan
    fizikal yang berkurangan, daya ingatan yang lemah, osteoporosis dan sebagainya
Umur 55 tahun dan ke atas : Fungsi renal yang semakin menurun dan atrofi ovari yang ketara



GANGGUAN HAID

Pengenalan : 
* Penyakit ginekologi yang normal
* Dimanifestasi sebagai keabnormalan kitar haid ataupun jumlah pendarahan haid
* Senggugut sebelum dan ketika datang haid

Punca-punca :
* Gangguan hormon estrogen
* Keguguran
* Kehamilan ektopik
* Jangkitan salur pembiakan
* Tumor ovari dan fibroid
* Tekanan dan keresahan yang berpanjangan

Kesan-kesan :
* Senggugut
* Ketiadaan haid
* Pendarahan haid yang terlampau atau terlalu sedikit
* Kulit kusam
* Jerawat

Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan :
* Kehilangan darah yang kronik
* Fibroid
* Kanser serviks


KEGEMUKAN

Pengenalan : 
* Berat badan yang melebihi 10 % daripada berat badan ideal
* Obesiti tergolong dari 3 obesiti :
   1) Obesiti ringan - melebihi 20-30% daripada berat badan yang ideal
   2) Obesiti sederhana - melebihi 30-50% daripada berat badan yang ideal
   3) Obesiti morbid - melebihi 100% daripada berat badan yang ideal

Punca-punca :   
* Pemendapan tisu lemak yang berlebihan
* Ketakseimbangan antara pengambilan kalori dan pembakarannya
* Kurang bersenam atau aktiviti fizikal

Kesan-kesan :
* Pemakanan yang berlebihan
* Berat badan yang bertambah
* Hipertensi
* Diabetes mellitus

Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan :
* Penyakit jantung
* Strok
* Diabetes mellitus
* Penyakit rangka otot


OSTEOPOROSIS

Pengenalan :
* Sejenis penyakit tulang
* Tulang semakin rapuh

Punca-punca :
* Kepadatan tulang berkurangan
* Ketakseimbangan rembesan hormon penyelaras kalsium berikutan peningkatan usia
* Defisiensi protein, vitamin C dan D
* Pemakanan rendah kalsium
* Keracunan alkohol

Kesan-kesan :
* Sakit belakang
* Tulang mudah rapuh
* Ketinggian badan semakin menyusut

Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan :
* Kesakitan yang melampau
* Sakit belakang dan pinggang
* Pembengkokan menyebabkan kesukaran untuk bernafas


POLIOMIELITIS

Pengenalan :
* Juga dikenali sebagai polio

Punca-punca :
* Disebabkan oleh poliovirus
* Virus ini menjangkiti saraf tunjang
* Biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Kini terdapat vaksin untuk poliomielitis

Kesan-kesan :
* Demam panas
* Ketakselesaan kerongkong
* Pembesaran tonsil
* Rasa loya
* Cirit-birit atau sembelit
* Ketakselesaan abdomen
* Sakit otot dan sendi
* Kelumpuhan otot

Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan :
* Anggota badan terasa kebas dalam tempoh beberapa hari
* Menyebabkan kehilangan upaya dan boleh menyebabkan kematian


ARTRITIS

Pengenalan :
* Perubahan keradangan sendi pada tubuh
* Merupakan sejenis penyakit kronik
* Berkait dengan penyakit osteoartritis dan artritis reumatoid

Punca-punca :
* Disebabkan keradangan, jangkitan dan trauma
* Artritis gout disebabkan oleh penghabluran dan pemendapan asid urik

Kesan-kesan :
* Sakit sendi yang melampau
* Sendi menjadi bengkak dan kaku
* Pergerakan sendi yang terhad
* Kulit di permukaan sendi kemerahan dan terasa hangat

Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan :
* Sendi menjadi cacat dan kaku
* Artritis reumatoid
* Kehilangupayaan


KANSER

Pengenalan :
* Juga dikenali sebagai tumor malignan
* Hampir seluruh tubuh manusia boleh dijangkiti oleh penyakit kanser
* Setiap orang memiliki onkogen tetapi bukan sel kanser

Punca-punca :
* Pertumbuhan sel yang pantas dan tidak terkawal boleh bertukar menjadi tumor malignan

Kesan-kesan :
* Bengkak
* Pendarahan
* Kesakitan melampau
* Berat badan berkurangan
* Tiada selera makan
* Berpeluh malam
* Gangguan saraf

Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan :
* Kerosakan fungsi dan struktur pada tisu dan organ
* Menyebabkan pendarahan dan jangkitan
* Berjangkit ke organ-organ lain
* Kematian akibat kegagalan fungsi organ


ANEMIA

Pengenalan :
*  Pengurangan jumlah sel darah merah dalam peredaran darah
*  Dibahagikan kepada anemia akut atau anemia kronik

Punca-punca :
*  Disebabkan hemopoiesis terganggu
*  Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan
*  Akibat kehilangan darah secara berlebihan. Contohnya, pendarahan gastrousus
    akibat pengulseran atau tumor

Kesan-kesan :
*  Keadaan lemah atau kelesuan badan
*  Wajah, bibir, gusi, kuku dan tapak tangan kelihatan pucat
*  Pening
*  Sesak nafas dan sakit dada
*  Kadar degupan jantung pantas


Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan :   
*  Penyakit jantung
*  Serebrum iskemia



EPILEPSI

Pengenalan :
*  Dikenali sebagai sawan babi
*  Sejenis gangguan neurologi ( saraf ) 
*  Disfungsi serebrum yang mendadak dan sementara akibat pelepasan elektrik
    neuron otak yang terlampau aktif secara tiba-tiba dan berulangan


Punca-punca : 
*  Faktor keturunan
*  Disebabkan kerosakan dan kecederaan serebrum
*  Perkembangan fetus yang tidak sempurna akibat jangkitan virus, sinaran dan lain - lain
*  Tumor serebrum, penyakit serebrovaskular dan jangkitan intrakranium


Kesan - kesan :
*  Serangan apnea
*  Degupan jantung terhenti
*  Penularan akut vertigo


Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan :
*  Kehilangan deria sementara
* Tidak sedarkan diri
*  Ganguan kelakuan
*  Neurastenia

No comments:

Post a Comment