https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitxHFALdSSVwhpndrv0MEA5q2WunVNJ-aiWwU367_JyXxTjLtXh5VxRCNPZQFSeEjKhinZ7R15_zVqyMJsMd1ckLCZtcT9w8yarZOTu8yrAoEyIoUFdNZMZPf1jDhm8RbE-jmSzUoFI1U/s1600/str4.gif ...

Tuesday, 16 April 2013


6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

Dalam masa yang sama mengingatkan aku untuk menjadi isteri yang terbaik buat suamiku...


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

Saturday, 13 April 2013

Thursday, 9 June 2011

Ehhhh.. apa tu!!!

Sedang aku asyik mengemas dapur.. tiba2 aku ternampak shopping list kat peti sejuk, eh.. ada note.. bila aku baca.. aduhhhh!! tersentap sekejap... bila sayang tulis ni???? selama 2 minggu aku tak perasan langsung tentang note ni.....hukhuk.. terharunya... sayangnya ayang kat abang... semakin bertambah-tambah la rindu aku kat suami aku ni..... romantik sungguh... .. rupa-rupanya akak ipar aku (kak yun) dah perasan lama.. kenapa aku tak perasan ehhh... abang dah nak balik hari sabtu ni.. baru aku perasan.. hahahaha... mengong sekejap... aku terus ambil dan apa lagi tuuuuuuu.......bukti sayang abang kat aku tauuuuu....hahahahha.. aku rasa dunia ni aku yang punya.hahaha.. akhir kata  untuk suamiku tercinta... Ayang love u to so much.. forever...^_^

Saturday, 4 June 2011

ANAK PERMATA HATI AYAH BONDA

Setelah selama 9 bulan 10 hari berada di dalam kandungan mamanya, maka pada 9 Januari 2009   (pukul 10.57pagi) bersamaan hari Jumaat, lahirlah seorang bayi comel, insan permata hati, penghibur hati penenang jiwa mama. Bersyukur dan Alhamdulillah dengan kebesaran Allah yang maha kuasa. Menitis air mata ini apabilla teringat kembali, Bersyukur kehadrat Ilahi.

Setiap apa yang dicipta ada tujuannya dan setiap kejadian yang menimpa pasti ada hikmahnya. Aku tidak pernah berputus asa mengharapkan bantuan dan pertolonganNya. Yakin denganNya kerana pasti… pasti… pasti tanpa ragu dan was2 Dia akan membantu. Kelahiran Muhammad Ifat Hakimi ini memberi erti mendalam dalam kehidupan aku dan semoga anakku ini menjadi anak yang soleh, dan menjadi insan yang cemerlang dan terbilang didunia dan diakhirat.. Insyaallah. Amin.



Permata Ayah Bonda
Munsyid : Firdaus


Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita


Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara


Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang



Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada


Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya


Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya



Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga


Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua


Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda



Engkaulah permata ayah bonda....


Lagu : Adnan Abu Hassan
Lirik : Ito Lara